Main Menu

Home
Chatroom

Login Form






Lost Password?
Register For Free now
Forum Jawatan Kosong
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 (0 viewing) 
Go to bottom Post Reply Favoured: 0
TOPIC: PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
#13
majikan (User)
Fresh Boarder
Posts: 4
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1 4 Months, 1 Week ago Karma: 0  
KEKOSONGAN JAWATAN
DI JABATAN PERDANA MENTERI
Pemohon-pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang
berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Jabatan Perdana Menteri seperti
berikut:-

1.
a) Jawatan : PEMBANTU AM PEJABAT GRED N1
b) Kementerian/Jabatan : Jabatan Perdana Menteri
c) Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
d) Klasifikasi : Perkhidmatan Pentadbiran dan Sokongan

2. Gred/Jadual Gaji : Gred N1
P1T1 RM649.15 – P1T22 RM1506.79
P2T1 RM691.62 – P2T22 RM1583.49
P3T1 RM735.72 – P3T22 RM1661.82

3.
a) Elaun :
i. Imbuhan Tetap Khidmat Awam – RM 95.00
ii. Imbuhan Tetap Perumahan – RM 180.00

b) Kemudahan :
i. Cuti Rehat (20 hari setahun)
ii. Faedah rawatan perubatan;
iii. (diri, isteri/suami, anak-anak dan ibu dan bapa)
iv. Pinjaman Perumahan;
v. Pinjaman Komputer;
vi. Pinjaman Kenderaan; dan
vii. Faedah Persaraan

4. Syarat Lantikan 1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki
kelayakan seperti berikut:-

(a) Terdiri daripada warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh
tutup iklan jawatan;

(c)
i. Berpelajaran di peringkat sekolah rendah bantuan penuh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;

ii. Berkebolehan bertutur, membaca dan menulis dalam Bahasa Malaysia dengan memuaskan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N1 : P1T2)


5. Taraf Jawatan : Tetap

6. Tempoh Percubaan : 1 – 3 tahun

7. Pengesahan Dalam
Perkhidmatan: Pembantu Am Pejabat Gred N1 adalah layak
disahkan dalam perkhidmatan apabila telah:
i) memenuhi tempoh percubaan;
ii) hadir dengan jayanya Kursus Induksi; dan
iii) diperakukan oleh Ketua Jabatan/ Perkhidmatan

8. Penaklukan Di Bawah Syarat-syarat Skim Perkhidmatan

2. Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan
Pembantu Am Pejabat tertakluk kepada syaratsyarat
skim perkhidmatan berkenaan yang sedang
berkuat kuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat
ke atasnya dari masa ke semasa.

9.
a) CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat dalam borang JPM(PENG) Pin. 1/1/2008 yang
boleh didapati di alamat berikut:-

Setiausaha Bahagian,
Seksyen Pengurusan Sumber Manusia,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Aras 3, Blok B8,
Jabatan Perdana Menteri,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 Putrajaya.

atau di laman web Jabatan Perdana Menteri www.bppsm.jpm.my

b) Pemohon-pemohon juga boleh mendapatkan borang JPM(PENG) Pin. 1/1/2008
melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 32 sm x 22 sm
beralamat sendiri dan dilekatkan dengan setem RM0.50.

c) Semua maklumat yang diisi dalam borang hendaklah ditulis dengan jelas dan
terang dengan HURUF BESAR.

d) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran
paspot, salinan kad pengenalan, salinan surat beranak, sijil-sijil keputusan
peperiksaan dan tamat persekolahan.

e) Pegawai yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan Berkanun
atau Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah mengemukakan permohonan melalui
Ketua Jabatan masing-masing mengikut Peraturan 17 – Peraturan-peraturan
Pegawai Awam (Pelantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan)
2005 dan pastikan Kenyataan Perkhidmatan yang dikemaskini serta Laporan
Nilaian Prestasi Tahunan yang terakhir dikepilkan.

f) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat
seperti di 9(a) di atas.

g) Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di sudut kiri sebelah atas sampul
surat dengan jelas dan terang.

10. Permohonan yang berikut akan DITOLAK.
a) Tidak menggunakan Borang JPM(PENG)Pin.1/1/2008;
b) Tidak disertakan dengan dokumen yang diperlukan;
c) Tidak lengkap atau tidak terang;
d) Tidak memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan dalam iklan;
e) Tidak dikemukakan melalui Ketua Jabatan bagi pegawai yang sedang
berkhidmat; dan
f) Tidak ditandatangani.
 
Report to moderator   Logged Logged  
  The administrator has disabled public write access.
Go to top Post Reply