Main Menu

Home
Chatroom

Login Form






Lost Password?
Register For Free now
Forum Jawatan Kosong
Welcome, Guest
Please Login or Register.    Lost Password?
Pensyarah, Jurulatih, Operational (0 viewing) 
Go to bottom Post Reply Favoured: 0
TOPIC: Pensyarah, Jurulatih, Operational
#11
majikan (User)
Fresh Boarder
Posts: 4
graph
User Offline Click here to see the profile of this user
Pensyarah, Jurulatih, Operational 4 Months, 1 Week ago Karma: 0  
TAWARAN PERLANTIKAN SECARA KONTRAK PEGAWAI DAN ANGGOTA PDRM


1. Kerajaan telah bersetuju untuk mengambil pesara polis secara kontrak untuk bertugas sebagai tenaga pengajar dan jurulatih di maktab PDRM serta pelantikan untuk tugas-tugas operational. Pelantikan untuk bertugas sebagai tenaga pengajar dan jurulatih adalah di bawah kod 0S29000 manakala tugas operational di bawah kod OS11000. Panduan Pelantikan Pegawai Kontrak boleh didapati di Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2003 di Laman Web Jabatan Perkhidmatan Awam.


2. Tenaga Pengajar dan Jurulatih Kontrak akan bertugas di Maktab-Maktab PDRM dan PULAPOL. Manakala pelantikan pegawai kontrak untuk tugas operational akan ditempatkan di Balai Polis Functional dan Pondok Polis Komuniti.


3. Tawaran adalah dipelawa kepada semua pesara polis yang berminat dan memenuhi syarat-syarat berikut:-


3.1. Jawatan Pensyarah


3.1.1 Bekas Pegawai Kanan Polis yang telah bersara wajib pada tahun 2006/2007/2008 atau akan bersara wajib pada tahun 2008/2009;


3.1.2. Memiliki kelulusan akademik Phd/Master/Ijazah/Diploma Undang-Undang atau lain-lain bidang yang berkaitan dengan penugasan polis;


3.1.3. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai Pensyarah di mana-mana Institusi Latihan PDRM; atau


3.1.4. Pernah bertugas sebagai Pegawai Penyiasat/Pegawai Pendakwa/Ketua Polis Daerah; atau


3.1.5. Pernah mengikuti latihan teknik mengajar (Train of Trainer) yang dianjurkan oleh PDRM atau Institusi Latihan yang diiktiraf oleh PDRM

3.1.6. Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan


3.1.7. Bebas dari tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun terakhir sebelum bersara


3.1.8. Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi 85% ke atas bagi 3 tahun terakhir sebelum bersara.







3.2 Jawatan Jurulatih


3.2.1. Bekas Pegawai Rendah Polis ( berpangkat Sarjan hingga Sub Inspektor )


3.2.2. Mempunyai pengalaman bertugas sebagai jurulatih/tenaga pengajar di mana-mana Institusi Latihan PDRM/Cawangan Latihan IPK; atau


3.2.3 Pernah bertugas sebagai Penolong Pegawai Penyiasat/Ketua Polis Daerah; atau


3.2.4. Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan


3.2.5 Bebas dari tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun terakhir sebelum bersara


3.2.6 Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi 85% ke atas bagi 3 tahun terakhir sebelum bersara.




3.3. Tugas Operational


3.3.1 Mana-mana Pegawai Kanan Polis dan Pegawai Rendah Polis yang telah bersara wajib pada tahun 2006/2007/2008 atau akan bersara wajib pada tahun 2008/2009;


3.3.2 Mempunyai pengalaman di dalam penugasan operational kepolisan;


3.3.3. Disahkan sihat oleh Pegawai Perubatan


3.3.4 Bebas dari tindakan tatatertib dalam tempoh 3 tahun terakhir sebelum bersara


3.3.5 Mempunyai Laporan Penilaian Prestasi 85% ke atas bagi 3 tahun terakhir sebelum bersara.






4. Mereka yang memenuhi syarat-syarat di atas dan berminat memohon dikehendaki mengisi borang Perakuan Pelantikan Pegawai Kontrak dan menghantar kepada Ketua Jabatan Pengurusan Kontinjen berkaitan. Keterangan lanjut boleh berhubung terus dengan Urusetia Jawatankuasa Kontrak Bukit Aman:




4.1. DSP Azizah Adom
Ketua Unit Skim Syarat/Perkhidmatan
03-22626133


4.2. ASP Mohd Fauzi Hassan
Ketua Unit Pengesahan/Kemajuan Pangkat
03-22626201 #6205
 
Report to moderator   Logged Logged  
  The administrator has disabled public write access.
Go to top Post Reply