Jawatan Kosong Universiti Malaysia Pahang (UMP)
Jawatan:
Bilangan |
Nama Jawatan |
Gred |
1 |
PROFESOR |
KHAS C / VK7 |
2 |
PROFESOR MADYA |
DS53 |
3 |
PENSYARAH UNIVERSITI |
DS45/DS51 |
4 |
TUTOR * |
DA41 |
5 |
GURU BAHASA ** |
DG41 |
* Jawatan hanya ditawarkan di Fakulti Kejuruteraan Mekanikal sahaja
**Jawatan hanya ditawarkan di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan sahaja
Syarat Lantikan Wajib
- Warganegara Malaysia; dan
- Umur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
Jawatan : Profesor
Gred gaji : MI- RM6595.99 – RM8247.94
Kelayakan:
(a ) Ijazah Doktor Falsafah [Ph.D] dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang setaraf dengannya; atau
( b) Ijazah Sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
(c) mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang terkemuka mutunya;
(d) berpengalaman luas dalam bidang-bidang berkenaan;dan
(d) kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Jawatan : Profesor Madya
Gred gaji : P1T1 RM4842.03 – P1T10 RM6797.08
P2T1 RM5057.71 – P2T10 RM7117.13
P3T1 RM5281.74 – P3T10 RM7448.31
Kelayakan :
(a) Ijazah Sarjana atau Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(b) membuktikan tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan syarat-syarat lain yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang;
(c) berpengalaman yang luas dalam bidang-bidang berkenaan
(d) mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Jawatan : Pensyarah Universiti
Gred gaji : P1T1 RM4573.47 – P1T10 RM6439.44
P2T1 RM4789.15 – P2T10 RM6730.27
P3T1 RM5013.18 – P3T10 RM7029.45
Kelayakan :
(a) ijazah sarjana dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau
(b) ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
(c) Mempunyai tahap kecemerlangan akademik yang istimewa mutunya dan lain-lain syarat yang munasabah yang ditetapkan oleh Lembaga Pengarah, Universiti Malaysia Pahang.
(d) berpengalaman luas dalam bidang-bidang berkenaan yang berkaitan
(e) mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Jawatan : Tutor
Gred gaji : P1T1 RM1868.39 - P1T13 RM2953.79
P2T1 RM1963.01 - P2T13 RM3098.45
P3T1 RM2061.81 - P3T27 RM3247.41
Kelayakan :
(a) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang-bidang yang berkaitan dari universiti-universiti tempatan (CGPA 3.0 ke atas) atau lain-lain kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan, dan
(b) mendapat kepujian dalam Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan
Jawatan : Guru Bahasa
Gred Gaji : P1T1 RM1695.85 – P1T27 RM4645.85
P2T1 RM1790.47 – P2T27 RM4924.12
P3T1 RM1889.27 – P3T27 RM5226.19
Kelayakan :
(a) Ijazah Sarjana Muda (kepujian) dalam bidang berkaitan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (CGPA 3.0 dan ke atas) DAN
(b) kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat-syarat Umum
Pegawai-pegawai yang memasuki perkhidmatan ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan yang dibuat ke atasnya dari masa ke semasa. Pemohon-pemohon yang mempunyai Ijazah Luar Negara hendaklah menyertakan surat pengesahan pengiktirafan ijazah dari :
Unit Dasar dan Pengiktirafan,
Bahagian Latihan,
Jabatan Perkhidmatan Awam (Malaysia).
Kemudahan Yang Disediakan (mengikut Kelayakan)
(a) Pinjaman Kenderaan
(b) Pinjaman Komputer
(c) Pinjaman/Pembiayaan Perumahan Kerajaan Persekutuan
Keterangan Am
a) Pemohon boleh memohon sehingga dua (2) jawatan dengan menggunakan satu borang dan hendaklah disenaraikan mengikut keutamaan.
(b) Calon-calon yang berjaya disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan daripada pihak UMP selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup dianggap TIDAK BERJAYA .
Tempoh sahlaku permohonan adalah selama enam (6) bulan dari tarikh permohonan diterima. Sebarang permohonan selepas tamat tempoh sahlaku hendaklah menggunakan borang permohonan yang baru.
Tarikh Tutup Permohonan : 23 Februari 2008
Untuk keterangan lanjut sila layari http://www.ump.edu.my/ump/perjawatan/indexin.htm
Atau sila daftar percuma di portal Jawatan Kosong untuk notifikasi.
|