Portal Jawatan Kosong adalah laman web Malaysia yang dibina untuk memberikan kemudahan kepada lepasan IPTA, IPTS mahupun SPM bagi mencari pekerjaan sesuai berdasarkan kelayakan pemohon. Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang merangkumi pelbagai bidang,ditawarkan di laman portal Jawatan Kosong. Lebih 2000 jawatan kosong terdapat di portal ini yang boleh dilayari mengikut negeri pilihan anda. Anda boleh mencari perkerjaan berdasarkan pelbagai kategori yang anda ingini seperti kategori pekerjaan, lokasi pekerjaan, julat gaji, jenis pekerjaan dan bahasa perantaraan.
Antara lain, portal ini turut memuatkan pelbagai jawatan kosong di luar negara seperti USA,Japan,Korea dan banyak lagi. Selain dari itu, laman web ini turut memudahkan organisasi-organisasi yang ingin menawarkan peluang pekerjaan kepada orang awam. Portal ini turut memberi peluang kepada orang awam untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan seperti LHDN, Risda, Mara, Uitm, JPA, Putrajaya, Imigresen, Telekom, Kwsp, Pdrm, Kastam, Mpm, Dbkl dan banyak lagi.
Dengan hanya mendaftar sebagai ahli, anda boleh menghantar resume kepada organisasi yang menjadi pilihan anda. Apa yang menarik, pendaftaran adalah percuma untuk pencari Kerja dan majikan. Anda boleh memuat naik sendiri resume anda setelah menjadi ahli ataupun memilih untuk membuat resume anda di portal Jawatan Kosong. Resume yang dimuat naik mestilah dalam format .doc atau .pdf, manakala resume yang dibuat di portal jawatan kosong boleh diubah pada bila-bila masa mengikut kehendak anda. Namun begitu, anda harus mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan dalam portal Jawatan Kosong.
Disamping itu, portal jawatan kosong turut menyediakan maklumat pekerjaan secara automatik. Apabila anda telah memilih bidang pekerjaan yang anda inginkan, portal akan memberi maklumat tentang bidang pekerjaan tersebut. Anda pula boleh memilih sama ada untuk menerima maklumat pekerjaan tersebut untuk setiap hari mahupun untuk seminggu sekali. Anda juga boleh mengubahnya mengikut kehendak anda pada bila-bila masa .Buku semak pekerjaan atau kerja kosong pula disediakan bagi membolehkan anda menyimpan pekerjaan yang telah anda minati di bahagian ini.
Konsep buku semak ini dapat memudahkan anda untuk menyemak pekerjaan itu semula. Dengan hanya menekan butang tambah di buku semak pada bahagian pekerjaan anda boleh menyimpan senarai semak pekerjaan ini. Bagi melihat status pekerjaan yang anda pohon dan maklumat berkaitan, terdapat kotak utusan dalam portal ini. Syarikat yang berkenaan dengan jawatan yang anda pohoni akan menghantar utusan kepada anda terus melaui kotak utusan ini juga e-mail.
Sebarang masalah atau pertanyaan berkaitan portal ini, anda boleh berhubung terus di alamat Jawatan Kosong Malaysia 2008 - Portal Cari Kerja Kosong Kerajaan dan Swasta 1083 Jalan 1/149E, Sri Petaling Kuala Lumpur, 57000 Malaysia ataupun email admin[at]jawatankosong.com.my.