Jawatan Kosong  
Resources
Jobs in Malaysia
Jawatan Kosong Kerajaan
Borang Spa 8/Spa 8 Form
Job Seeking through Agencies
Jobs and Career Fairs
HeadHunting

Jawatan Kosong Kerajaan
Jawatan Kosong Risda
Jawatan Kosong PDRM
Jawatan Kosong UMP
Jawatan Kosong FELDA
Jawatan Kosong UPM
Jawatan Kosong MPOB
Borang Spa8
Jawatan Kosong UKM

Kareer Tips
Cara Membuat Resume
Apakah itu Resume
Resume yang baik
Tips Temuduga

Love Jawatan Kosong.com.my?
Help us, link to us.


Bookmark JawatanKosong.com.my

Apakah itu Resume? - Disediakan oleh Portal Jawatan Kosong

Resume adalah suatu kenyataan yang disusun padat bagi mengisahkan secara ringkas mengenai seseorang. Ia bukanlah seperti biodata yang menterjemahkan hal – hal peribadi dan kehidupan seharian. Pada asalnya, resume berasal dari perkataan Perancis dan kini digunakan secara menyeluruh di serata dunia. Resume adalah suatu medium bagi membolehkan sesebuah majikan atau pihak tertentu untuk mengetahui mengenai diri seseorang yang berkaitan dengan kepentingan dan keperluan majikan atau pihak tersebut. Ini bermaksud, resume amatlah berkait rapat dengan kejayaan dan kelebihan yang ada pada diri individu tersebut.

Tujuan utama resume dibuat adalah bukan untuk mendapatkan pekerjaan, tetapi adalah bagi membolehkan seseorang itu layak untuk ditemuduga. Ramai yang beranggapan bahawa resume adalah suatu medium bagi memohon sesuatu pekerjaan atau sebagainya. Ini adalah konsep yang salah dan menyebabkan kebanyakkan daripada mereka gagal dalam sesi temuduga.

Resume perlulah dimanfaatkan sebaik mungkin bagi menarik hati pembaca atau pemilih. Ia bertujuan memperkenalkan diri sebaik yang mungkin tanpa melakukan penipuan atau pemalsuan fakta. Ini adalah kerana individu yang telah berjaya dalam peringkat pertama ini akan dipanggil untuk sesi temuduga. Dalam sesi ini, penemuduga mempunyai teknik untuk mengenali diri seseorang itu. Maka, pemalsuan dalam resume dapat diketahui oleh penemuduga tersebut. Kebanyakkan daripada mereka menghasilkan resume yang cukup mantap dan baik tetapi ianya tidak mampu memenuhi hati si pemilih. Masalah ini adalah disebabkan individu tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan syarikat terbabit serta tidak mempunyai kelebihan atau kepentingan untuk syarikat tersebut.

Resume adalah amat penting bagi membuahkan kejayaan. Ini kerana resume menjadi medium perbandingan antara seseorang individu dengan individu lain. Resume yang lebih menarik dari segi yang ditetapkan akan dipilih. Ia juga merupakan batu loncatan bagi melepasi tahap pertama sebelum di temuduga. Dengan resume, majikan tersebut lebih mudah untuk membuat pemilihan dan perbandingan. Ia turut menjadi persepsi awal sesebuah majikan dalam menilai kebolehan dan kelebihan individu tersebut

Resume dan Curriculum Vitae.

Ramai yang beranggapan resume dan curriculum vitae (CV) adalah sama. Pada hakikatnya, kedua – dua ini adalah berbeza. Namun, disebabkan era pemahaman yang dipegang menganggap kedua – duanya serupa. Resume sebenarnya lebih memberi fokus kepada pendidikan dan pekerjaan serta pengalaman yang dimiliki. Sementara CV lebih memberi penekanan kepada kejayaan sepanjang hayat seperti penghargaan, jawatan, prestasi dan sebagainya disamping pendidikan dan pekerjaan. Namun, perbezaan ini tidak lagi dilihat dan ditekankan oleh mana – mana syarikat kerana ianya mampu dinilai dan disesuaikan oleh pemilih mahupun penemuduga.

Oleh itu, bagi mengahsilkan resume yang terbaik dan menepati kehendak majikan atau sesuatu pihak, konsep dan tujuan resume perlulah difahami supaya resume yang dihasilkan nanti memiliki fakta yang padat dan ringkas.


Artikel disediakan oleh Portal Jawatan Kosong Malaysia

 

 

JobSeeker
 Home
 Registration
 Forgot Password?
 Job Alert Settings
 My Account
 My Resume
 Search Jobs
 My Bookmarked Jobs  
 
Advanced Job Search


Cari Kerja Terkini
(Jawatan Kosong Negeri)
Jawatan Kosong Kuala Lumpur
Jobs in Kedah
Putrajaya Jobs
Kerja di Pahang
Cari Kerja di Johor
Jawatan di Sabah
Pekerjaan di Sarawak
Cari Kerja Perak
Jawatan di Negeri Sembilan
Kerja Kosong di Kelantan
Cari Kerja di Melaka
Penang Jobs
Peluang Kerja di Labuan
Jawatan di Brunei Darulsalam
Government Jobs
Jawatan Kosong di Malaysia
Kerja di Terengganu
 
 
[ Portal Jawatan Kosong ]   [ About Portal Jawatan Kosong ]   [ Contact Us ]   
[ Terms & Conditions for Job Placement and Job search ]    
[ Seksyen Resume dan Kareer ] [ Privacy Policy ] [ FAQ ]
 
Copyright © 1999-2008 
Portal Jawatan Kosong Online Malaysia 2008,
Malaysia Jobs portal. Cari kerja, Iklan Kerja Kosong listing jobs from various Agensi Kerajaan Malaysia: DBKL,
Risda, LHDN, Uitm, JPA, Cyberjaya, Putrajaya, Jabatan Imigresen, Telekom Malaysia, Borang Spa 8, Sirim,
Kwsp, Pdrm, Jabatan Kastam, Mpm, Dbkl and borang permohonan online.